Pages

Sunday, November 21, 2010

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Salam buat semua...


Aktiviti pembelajaran amat penting dalam merangsang minat pelajar. Justeru, kali ini saya bawakan aktiviti yang bakal membantu anda dalam proses P&P. Aktiviti ini terbahagi kepada 2 golongan pelajar, iaitu pelajar pintar dan pelajar lemah.



Aktiviti Pembelajaran Untuk Pelajar Pintar

Aktiviti 1:
Mengukur isipadu silinder menggunakan bukan unit piawai

Hasil Pembelajaran:
Murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan bukan unit piawai.

Alat Bantu Mengajar:
  1. Botol mineral (1.5 liter dan 500ml)
  2. Gelas plastik
  3. Sebaldi air

Langkah Pengajaran:
  1. Guru menayangkan pelbagai saiz bekas minuman kepada pelajar dan bertanyakan soalan mengenai kegunaan bekas minuman tersebut.
  2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
  3. Seorang pencatat dilantik untuk merekodkan pemerhatian.
  4. Setiap kumpulan diberikan 2 botol mineral berlainan isipadu dan 5 gelas plastik yang mempunyai isipadu sama.
  5. Seorang wakil murid di kehendaki menuangkan air dari dalam botol mineral ke dalam gelas-gelas yang telah disediakan sehingga botol mineral itu menjadi kosong.
  6. Guru membimbing murid untuk mengira bilangan gelas yang telah diisikan tadi. Murid akan mencatat bilangan gelas yang telah digunakan ke dalam jadual keputusan.
  7. Guru berbincang dengan murid bagi menyatakan bekas yang manakah yang mempunyai kurang isipadu  cecair  dan bekas yang manakah paling banyak isi padu cecair.
Keputusan:


Botol besar (1500ml)
Botol kecil (500ml)
Jumlah gelas dipenuhkan






Aktiviti Pembelajaran Untuk Pelajar Lemah

Aktiviti 2:
Aktiviti pengajaran ini bertujuan mengajar murid dan membatu mereka menyelesaikan masalah salah tanggapan konsep isipadu cecair tadi secara membuat perbandingan. Aktiviti pengajaran ini melibatkan perbandingan perbezaan antara silinder penyukat (di mana ia adalah tinggi dan kurus) dan bikar (di mana ia gemuk dan rendah). 
Kedua-dua alat penyukat ini digunakan kerana kedua-dua bekas ini adalah memang berbeza. Oleh itu, murid dapat membezakannya dengan mudah. Aktiviti ini juga memerlukan interaksi antara guru dengan murid. Murid juaga perlu berinteraksi antara satu sama lain sepanjang aktivit pengajaran. Interaksi ini penting untuk murid yang lemah ini mudah faham dan belajar dengan seronok dan gembira.

Langkah-langkah Pengajaran.
1. Dengan menggunakan silinder penyukat 10 ml, guru akan masukkan air ke dalam botol mineral kosong.
2. Guru masukkan mengikut urutan botol yang pertama berisi 1 bekas silinder penyukat (10ml).
3.Botol yang kedua berisi 2 bekas silinder penyukat. Sehinggalah bekas yang kesepuluh dengan menggunakan 10 bekas.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Salam buat semua...

Terdapat pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Untuk mengajar tajuk mengukur isipadu cecair yang melibatkan unit tidak piawai, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar daripada bahan terpakai dan mudah didapati sekaligus menjimatkan kos dan tenaga. Antaranya ialah bahan-bahan yang mudah dicari dan terdapat di persekitaran kita seperti botol, cawan, baldi, gelas, mangkuk, jug dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut mudah diperolehi dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Selain itu, kita juga dapat menyelamatkan bumi kita daripada pencemaran dengan menggunakan botol plastik sebagai bahan bantu mengajar.

Manakala untuk mengajar murid mengukur isipadu cecair melibatkan unit piawai iaitu liter (l), guru boleh menggunakan silinder penyukat dan juga bikar. Bahan-bahan tersebut mudah diperoleh kerana terdapat di makmal sains sekolah. Selain itu, guru juga boleh menunjukkan cara yang betul untuk mengukur dan membaca sukatan pada silinder penyukat dan jug penyukat.

i) Mengukur isipadu cecair menggunakan unit tidak piawai.
   (Bahan : Botol Air, Baldi, Gelas Plastik)

Botol Air


Baldi


Gelas Plastik


ii) Mengukur isipadu cecair menggunakan unit berpiawai.
   (Bahan : Jug Penyukat, Bikar)
Jug Penyukat

Bikar




Sunday, November 14, 2010

Mengukur Isipadu Cecair

Salam buat semua..

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah cara mengukur isipadu cecair. Ianya diperjelaskan dalam video di bawah, moga ia dapat membantu anda.


Tayangan video ini menunjukkan cara isipadu cecair diukur. Dalam video ini, beberapa buah silinder penyukat digunakan mengukur isipadu air. Sebagai permulaan, air diisi ke dalam silinder penyukat supaya mencapai 60ml. Untuk mencapai 60ml, paras air dalam silinder penyukat mesti berada bacaan 60ml. Guru telah memberitahu bahawa untuk bagi mendapat bacaan yang betul, silinder penyukat perlu diletakkan di permukaan yang rata. Semasa mengambil bacaan,pastikan mata kita berada pada aras meniskus. Bagi kebanyakan cecair, meniskus ialah paras paling bawah permukaan cecair tersebut. Pada pendapat saya, disebabkan guru mengukur isipadu air, kita boleh letakkan sekeping kertas warna di belakang silinder penyukat untuk memudahkan kita membaca skala.